Jumaat, 20 Mei 2011

KISAH SERAM:BAB1

HANTU KEPALA.

JAM tepat pukul 2:30 pagi.Malam itu Alan,Budin dan Jali stay up seperti biasa.Maklumlah, dekat nak periksa katanya.Yang peliknya bukan nak baca buku tapi nak main daun terup.Sanggup Alan,Budin dan Jali stay up sampai ke pagi! pagi itu suasana hostel lain dari yang lain. Lengang,sunyi dan menyeramkan tak macam biasa.Selalunya dengar jugak budak-budak bilik sebelah buat bising.Diluar hostel salakan anjing semakin bersahut-sahutan,seoalah-olah ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh si anjing.Namun situasi sebegitu tak sedikit pun menganggu kegiatan mereka bertiga.Malah semakin rancak ada la!
            “Woi! Main tipu ye?”Tetiba jer Budin menjerkah.“Mana ada!”Alan menjegil kearah Budin. Muka sesekor dah jadi merah padam menahan marah.Mana taknya,sorang pun tak pernah menang sejak dari mula bermain,Semuanya habis disapu Jali.Bukan lumayan pun ganjaranya kalau menag,Cuma yang kalah diwajibkan mengisi minyak motor si pemenang sebanyak seringgit je.Tapi kalau dah sepuluh kali menang,full jugak tank tu! “Tu!Dalam seluar kat pinggang tu,mender?”Budin cuba membuktikan sambil jarinya menunjuk-nunjuk kea rah pinggang Alan.Alan dah tak tahan sabar lagi,dari tadi tu je point Budin nak melepaskan geram. “Ni underwear aku le bodoh,ada gambar love merah!kau kalau tak puas hati cakap je la,takyah le nak main tuduh-tuduh!”Alan membalas. “Woit,udah le tu!Menangnya tidak,asyik gaduh je”.Jali menyampuk.
            Tiba-tiba terdengar salakan anjing makin mendayu-dayu. “Eeiy…… seramnya aku dengar anjing tu menyalak!Aku nak tido le.Tak nak main dah le,aku takut le.”Mata Jli terkebil-kebil. “Aaa…jangan nak ngada-ngada,aku tak menag lagi.”Alan berseloroh.masak sangat dah dengan perangai Jali,kalau dah menang ,banyak nak lari je kerja dia.Dulu pernah dah sekali Jali tamak sangat,mentang-mentang le dah menang banyak,tak reti nak stop pulak.Sekali semua yang dia menang habis disapu dek Alan.Meraung member.! “Ishh… kau tak tau ke semalam….” Jali ingin memberitahu sesuatu kepada Alan. “Tau apa?” Tanya Alan sambil matanya memandang tepat kearah Jali. “Semalam….eeiyy!seram aku nak citer,”Bulu roma Jali mula meremang. “Eeiy,cepat la citer,mengada plak!”Alan menjerkah.Jali terkebil-kebil dijerkah Alan. “Budak bilik sebelah kita tu kena sampuk,time camni le.”Jali menyambung sambil matanya melirik melihat gelagat sahabatnya.Alan dan Budin terkebil-kebil mendengar.Mungkin takut bisik hati Jali. “Kenapa?”Alan cuba mendapatkan kepastian. “Katanya terserempak dengan kepala.”Jali menjawab.Mereka berpandangan sesame sendiri.Jali menolak daunnya ketengah,yakin permainan tidak akan diteruskan. “Ish!Mengarut le!”Budin cuba menenangkan diri,sambil tangannya turut menolak daunnya ketengah.Pengecut tu sebenarnya.Mana tidaknya,nampak cicak kat pintu tandas pun menjerit-jerit mintak tolong.Mati-mati diorang ingat Budin kena sampuk hari tu. “Abis…tak nak main dah le?”Alan merungut.
            “Tak nak main sudah,pegi tidur lagi baik.”sambung Alan.Alan cuba berdalih,padahal takut.Bulu romanya pun dah tak larat nak meremang mendengar cerita Jali,ditambah pulak dek salakan anjing yang bersahutan.Budin dah lama berselimut.Ntah bila masa dia tarik selimut kat katil sebelah tu pun tak tau le. “Apa lagi….tidur le!”Alan mula mengarah. Masing-masing mula memanjat katil.Alan yang terhegeh-hegeh memanjat katilnya yang di atas nampak cukup mengerikan.Mana tidaknya,dah le berselubung,muka pulak ditempeknya bedak sejuk sejak senja tadi lagi.Sebijik macam momok.Alan menepuk-nepuk bantal busuknya,nak landing dah le tu!
            “Woit!Aku nak terkencing le.”Tiba-tiba Jali bersuara. “Ha…pergi le!”Budin membalas. “Alah..teman le,aku takut le nak pergi tandas tu sorang –sorang!”Jali merungut. “Ish… tadi tak nak cakap.” Rungut Alan. “Hah,apalagi,jom la cepat!”Alan mengajak Jali. “Eh…nak ikut jugak!”Sampuk Budin.Maklumlah takut ditinggalkan sorang-sorang.
            Suasana di luar hostel memang menyeramkan.Lampu jalan nak ketandas pulak malap semacam je  .Mereka berjalan sambil berkepit-kepit menuju ke tandas . “Eh,korang tunggu aku kat luar pintu ni tau!” Jali mengarah. “Iyalah… cepat le sikit.” Budin menjawab sambil matanya meliar memadang sekeliling. Alan dan Budin saling berpegangan sesame sendiri sementara menunggu Jali melepaskan hajatnya. “Ah…lega.”Balas Jali sebaik keluar dari tandas.Budin dari tadi asyik meliar memandang sekeliling.Takut kalau-kalau teserempak sesuatu.Tiba-tiba  dengan tak semena-mena Jali menjerit! “Woi……. Woit!caaabbuuut! Ada kepala!!Aaaaa…tolonggg!!” Alan dan Budin menjerit ketakutan.Dengat serentak mereka bertiga terus memecut laju sampai tak cukup tanah.Ntah bila masa ntah,tup-tup dah ada kat bilik.Pintu bilik dikunci rapat.Masing-masing terketar-ketar dengan muka pucat lesi. “Ka…kau nampak kepala apa Jli?”Tnya Alan terketer-ketar. Masing-masing berselubung di sebalik almari.Mulut Budin kelihatan terkumat-kamit membaca doa.Rasanya kalau sakit jantung,mau meninggal dia pagi tu! “Aaa…aku nampak ke…. Kepala paip!” Jali menjawab.  Kelekuk!!!Tetiba je kepala Jali rasa seperti di ketuk.Kuat dan bertubi-tubi pulak tu.Jali terasa seolah-olah bengong seketika.
            “Woit! Bukak le pintu ni woi !” Alah.. aku mejawak je…aku takut ni woi!”Salakan anjing makin menjadi-jadi.Malam itu Jali tidur di luar bilik.Alan dan Budin dah lama hanyut di buai mimpi.Penat agaknya lari macam nak mampus tadi.Tinggallah Jali merayu-rayu di aluar bilik keseorangan sampai ke subuh di sebabkan lawak bodohnya sendiri

            TAMAT
4/2/2008(ISNIN)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan